Saturday, 9 May 2015

Assalamualaikum  W.B.T..

Saya disini ingin berkongsi pengalaman dan rahsia saya dalam industri penanaman sawit.. Saya mula menceburi indutri kelapa sawit ini sejak 2005 sehingga kini dan saya berbangga dengan hasil pokok kelapa sawit saya. Luas kawasan tanaman kelapa sawit saya lebih kurang 30 ekar dimana kawasan tersebut ialah kawasan yang berpaya, berbukit dan tanah pamah. Penglibatan saya dalam industri ini tanpa sebarang nasihat dari agensi kerajaan yang terbabit dalam industri sawit. Pada peringkat awal penanaman, langkah penjagaan dan pembersihan dan kawalan makhluk perosak adalah saya lakukan sendiri sehingga kini. Pada awal menanam sehingga pokok kelapa sawit saya berumur 3 tahun saya menggunakan baja MPOB F1 dimana butiran bajanya berbentuk compound  yang membekalkan nutrisi yang sempurna kepada pokok kelapa sawit. Kandungan nutrisi NPK baja sawit ini adalah 10/5.4/16.2/2.7/0.5. Pada usia pokok sawit saya 2 tahun, pokok kelapa sawit saya sudah mula mengeluarkan bunga dan seterusnya buah. Hasil pertama mula buah kelapa sawit saya mula dituai pada umur 3 tahun. Anggaran berat BTS (BUAH TANDAN SEGAR) saya sekitar 5 - 10 kilogram setandan. Pada pendapat saya, penggunaan baja adalah tepat dengan kadar tertentu mengikut umur pokok kelapa sawit. Pada usia pokok kelapa sawit saya berumur 4 tahun hingga kini, saya meneruskan dengan penggunaan baja MPOB F1 Xtra K. Kandungan nutrisi NPK baja sawit ini adalah 10/5/20/2/0.5 Penggunaan baja ini penting kerana kandungannya amat sesuai untuk penghasilan BTS yang tinggi. Jumlah BTS tertinggi yang saya perolehi adalah melebihi 30tan per hektar. Ianya memberi kepuasan dan hasil yang lumayan kepada saya. Berikut adalah koleksi gambar pokok sawit.





                                             Pokok kelapa sawit berumur 2 tahun setengah

   
      Pokok kelapa sawit 3 tahun


                                                         Pokok kelapa sawit 3 tahun


                                                            Pokok kelapa sawit 3 tahun



                                                          BTS yang baik

Jenis baja yang saya gunakan..


Baja untuk pokok berumur sehingga 3 tahun.

Baja untuk pokok  kelapa sawit dewasa.

Klik untuk rujukan kilang memproses baja MPOB ini

SEBARANG PERTANYAAN / INGIN MEMBELI BAJA TERSEBUT BOLEH HUBUNGI SAYA DI TALIAN 013-9393143..

BAJA TERBAIK UNTUK POKOK KELAPA SAWIT ANDA !

No comments:

Post a Comment